Rabu, 27 Februari 2013

Pink+Biru

 
 
Assalamualaikum yg di kasihi semua..
 
 
 
Weekend lepas pergi jalan2+cuci2 mata dekat sogo,sekitar jalan tar n pertama kompleks..penat juga berjalan pusing2 semua tempat ni.sye ni dah la jenis yang kaki cepat lenguh..tapi gagahkan juga la berjalan.kalau asyik duduk rehat je kang sampai pukul berapa tak abis pusing..hehe..hari ahad tu sye n incik suami berbaju sama kaler..sye & incik suami memang suka kalau outing tu baju sama kaler..tapi, kekadang ada juga tak sama kaler..ikut kerajinan juga la..meh tgk gambar kami berdua yang sama kaler ni..hehe
 
 
 
 
tema hari tu pink+biru..
 
 
 
 
tema hari tu pink+biru..
 
 
Sedondon kan? faktor pemakaian bila outing bersama pasangan pun boleh mengeratkan lagi kasih sayang+perasaan sehati sejiwa tu..itu bagi sye la..x pasti lak kalau kawan2 yg lain..hehe
 
 
 
 
 
k, semua..baiii

Isnin, 18 Februari 2013

Bespren sye...

 
 
Assalamualaikum sume...
 
 
 
 
Rasanya, ini 1st time sye buat entry berkenaan kawan2 baik sye..hepi2 bersama,sedih2 bersama,makan2 bersama,kongsi2 cerita bersama,jalan2 bersama & macam2 lagila yang kami buat bersama2..cuma masuk toilet je tak sama2..oucch! malu la..hehehe
 
 
 
 
Memperkenalkan...wanita2 paling gojes di dunia..kuikuikui
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

 
 
yang ini nama dia ZURINA BINTI JEMAAT..panggil kak ina..dah kahwin,anak 2..caya tak?heee
 
 


yang ini nama dia SITI NURFARHANA BINTI SALIM..panggil hana..sudah menjadi tunangan orang..hehehe




yang ini nama dia ANIS FARIZA BINTI MOHAMAD MUSANIP..panggil anis.. yang ini tuan tanah blog ini ye..nk interpremmmm juga!..hahaha
 
 
kalau ada masa esok sye buat entry lagi pasal kawan2 sye ni k..
 

Hargai nikmat sihat, masa lapang

 
 
Assalamualaikum sume...
 
 
Pagi2 buka berita harian online,tertarik dengan artikel ini..mari kita same2 hayati..benda yg baik elok untuk dikongsikan bersama..ye tak?
 
 
Manusia patut bersyukur terima anugerah percuma daripada Yang Esa
Rasulullah SAW bersabda: “Terdapat dua nikmat (Allah) yang kebanyakan manusia sering lupakan, (iaitu) nikmat sihat dan nikmat kelapangan masa.” (Riwayat Bukhari)
Manusia dikurniakan Allah pelbagai nikmat yang tidak terhitung banyaknya dan tidak pernah putus. Nikmat itu diberi Allah secara percuma dan tidak dituntut kepada hamba-Nya membalas segala pemberian-Nya kerana
sememangnya manusia tidak akan berupaya berbuat demikian.
Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkan-Nya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu. - Surah an-Nahl (ayat 18)

Allah berfirman: “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkan-Nya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu.” (Surah an-Nahl, ayat 18)

Manusia hanyalah bersyukur atas segala nikmat kur niaan-Nya. Tanda mensyukuri nikmat ialah memanfaat kannya kepada perkara kebaikan, manakala mengkufuri nikmat ialah menyalahgunakan nikmat Allah dengan mengundang kemurkaan-Nya.

Persiakan nikmat

Sungguh benar ucapan Rasulullah SAW itu kerana didapati ramai manusia yang dianugerahkan Allah nikmat kesihatan dan kelapangan masa tetapi mereka mensia-siakannya. Sebaliknya, mereka tenggelam dalam kelekaan dan keseronokan semata-mata.
Manusia mengira bahawa kesihatan dan kelapangan masa yang sedang dikecapinya adalah hal biasa-biasa saja dan tidak akan hilang. Padahal nikmat sihat dan masa lapang diberi Allah supaya Mukmin berlumba melakukan kebaikan dan amal soleh sebagai bekalan menuju akhirat.

Dalam keadaan sihat, ramai pula yang melakukan pelbagai perbuatan maksiat dan kejahatan tanpa merasa malu kepada Allah. Manusia seperti ini ternyata telah mengkufuri nikmat iaitu menggunakan anugerah Allah untuk menderhaka kepada-Nya.

Perlu diinsafi manusia tidak selalu berkeadaan sihat. Masa sihat boleh bertukar kepada keadaan sakit kerana kedua-duanya adalah pemberian dan ketentuan
Allah.

Jika sewaktu sihat seseorang Mukmin itu mensia-siakan ibadahnya kepada Allah dan beramal soleh, maka penyesalan akan menimpanya apabila ditimpa sakit kerana sewaktu sakit, segala ibadah dan kebajikan tidak mampu dilakukan.

Lebih malang lagi jika sakitnya berterusan dan Allah tidak mengembalikan semula kesihatannya, bermakna ia tidak lagi punya kesempatan untuk beribadah dan ber amal soleh serta menebus dosanya yang lalu.

Nikmat kelapangan masa juga banyak dicuaikan manusia. Masa lapang sepatutnya dimanfaatkan untuk banyak mengingati Allah melalui pelbagai amal ibadah, mencari ilmu untuk kebaikan dunia dan akhiratnya serta memperelokkan akhlak.

Namun ramai manusia terpedaya dengan nikmat masa lapang. Masa lapang mereka berlalu begitu saja tanpa pengisian yang berfaedah atau aktiviti berunsur kebajikan. Jika dalam masa yang lapang pun mereka tidak mengingati Allah, apalagi dalam keadaan sibuk mengejar keuntungan dunia.

Tiada penghargaan terhadap nikmat kelapangan masa menyebabkan ramai manusia menghabiskan masanya secara sia-sia, sedangkan setiap detik masa terlalu ber harga dan umurnya turut berlalu.

Nasihat ulama Ibnul Jauzi baik dijadikan renungan. Katanya: “Terkadang manusia berada dalam keadaan sakit, tetapi ia tidak mempunyai kelapangan waktu di sebabkan kesibukan mengerjakan urusan dunianya. Dan terkadang pula seseorang itu punya masa lapang, namun ia dalam keadaan sakit. Apabila terkumpul pada seseorang waktu lapang dan nikmat sihat, maka sungguh akan datang rasa malas dalam melakukan ketaatan (kepada Allah). Itulah manusia yang telah terpedaya.

Katanya lagi: “Dunia adalah ladang beramal untuk dituai hasilnya di akhirat. Sesiapa memanfaatkan waktu lapang dan sihat dalam rangka agenda ketaatan, maka dialah yang akan berbahagia. Sebaliknya sesiapa mempergunakan kedua-dua nikmat itu dalam kancah kemaksiatan, dialah yang benar-benar telah tertipu. Sesudah waktu lapang, akan datang waktu yang dipenuhi kesibukan. Demikian pula sesudah masa sihat, akan datang pula kesakitan yang tidak menyenangkan.

Pesan Nabi SAW: “Pergunakan lima perkara sebelum datang lima perkara lain, (iaitu) masa mudamu sebelum masa tuamu, masa sihatmu sebelum sakitmu, masa kayamu sebelum masa miskinmu, masa lapangmu sebelum masa sibukmu dan masa hidupmu sebelum matimu.” (Riwayat al-Hakim
)

Isnin, 4 Februari 2013

Masalah Berat Badan...

 
 
 
Assalamualaikum...
 
 
 
Hai semua, sekarang terasa macam nak kurus kan badan la...tp, bab mencekik tu tak boleh nak control dah sekarang ni..makan,makan & makan..selalu juga sye google cari tips2 macam mana nak kurus kan badan selain dari control makan..teringin juga pergi jogging tiap weekend, tapi oleh kerana dek kekangan masa maka tak dapat la sye nk ke taman..huhu..Baru2 ni sye saja tanya kat incik suami gemok sgt ke isteri abg ni???, katanye.......masih under control lagi..tapi tak sure la kata2nya tu nak sedapkan hati sye ke apa?..hihi..kekadang tgk orang2 slim ni buat kita jeles je..haha,tapi liat pulak nk buat senaman ke control makan ke apa, makin hover adalah bab makan tu..kalau kenkawan ada tips,meh la kongsi sesama dengan sye k..
ok itu saja cerita ringkas dari sye..hihi
 
 
 
 
Gemok kan??? Arrggghhh..Sob3x!!!