Selasa, 26 Mac 2013

Subway...

 
Assalamualaikum...
 
 
 
Hari tu sye teringin nak makan burger subway ni, so sye call incik suami tanya dia ada ke lalu mana2 pasaraya besar yang jual burger subway ni..kebetulan masa sye tanya tu dia busy sikit, jadinya.. dia cakap kalau ada lalu pun tak sempat nak singgah..then sye cakap tak apalah,lain kali je bila2 dia lalu dan bila2 dia free tolong belikan la..nak beli sendiri jauh sangatlah pulak nun di JJ bukit tinggi,klang sana..malaslah pulak semata2 nak beli burger subway tu..
 
 
Pastu semalam dia balik kerja dia bawa plastik burger subway ni terus bagi kat sye,terkejut juga..sebab incik suami tak ada cakap apa2 pun masa call sye 2,3 kali kat opis semalam..incik suami sye memang rajin call sye..puan bini dia ni jarang call dia,hehe..rupanye dia sajala tu nak buat suprise kat puan bini dia ni..rasa terharu pun ia juga..lagi2 dia kata dia siap google subway ni kat area cyberjaya otw balik dari KL,dia kata kat alamanda macam tak ada je subway ni,..jumpa juga dia akhirnya..
thanksss abg! kenyang makan burger subway semalam..





satu untuk awak, satu untuk saya..hehe





 
ini sye punya..sedappppp!





 
ini incik suami punya..sedappppp juga!




Haih! macam mana la nak kurus ni..dinner je nak yang hover2x kan?..selera kemain lagi kan...hehe

Selasa, 19 Mac 2013

Menu Diet Malam Tadi...

Assalamualaikum...
 
 
 
Sejak hari isnin tekak sye rasa gatal2 + batuk2 sikit..kadang2 rasa nak batuk, tapi masa nak lepaskan batuk tu payah sebab rasa perit ditekak..agak2 korang faham tak sye tulis ni?..kuikui..faham la kot kan?
 
Malam tadi sye n incik suami dinner kat Madam Kopi'O.sebelum tu adalah juga decide nak pergi pizza hut la,dominos la,kfc la n mcD..tapi,last2 ke Madam Kopi'O ler kami..bukan apa,tekak sye ni kalau makan pizza hut or dominos tunggu teringin je la..bukan peberet la maksudnya..nk makan kt kfc mesti ramai orang, malas nak beratur pn ye juga..nak makan kat mcD pun sye bukanlah penggemar burger sgt..biasa2 jela..biasa kalau ke mcD sye order ayam goreang mcD la pun..cerewet sangat kan? padahal kuat je makan..
 
Ok ler..tak nak bebel banyak..nak bagi korang terliur tengok gambar makanan kami malam tadi..ngeh3x




cendol durian ni untuk orang sakit tekak+batuk..hehe..
soya cincau untuk orang sihat..




sandwich..rasa dia,bolehhhhh laaaa..




chicken chop black papper menu diet sye malam tadi..diet la sangat kan??




chicken chop black papper with rice untuk incik suami yang tak sabor nak makan..puan bini cepat2 tangkap pic..hehe..hover!




untuk korang janganlah amalkan menu diet malam macam sye n incik suami ni..yang memang tak takot lemak duduk kat badan kami ni..hehe..sekali sekala boleh la kot..pastu balik rumah,solat isyak terus membuta..tak kasi chance langsung makanan tu hadam dulu..bagusnyela sye ni kan?pastu dok komplen kat incik suami kenapa,mengapa,bagaimana boleh tak kurus2 ni kan..haha

Yong Tau Foo

Assalamualaikum....








nampak sedap ke tak? mestilah jawapannye sedap..





Hari ahad lepas, sye n incik suami berganding bahu di dapur untuk menyediakan yong tau foo yang lazat untuk lunch kami hari tu..
masa hari sabtu tu, sye saja cakap kt incik suami,lama dah dapur kita tak berasap, apa kata ahad esok kita main masak2..then incik suami pun bersetuju,dan2 dia cadangkan nak masak yong tau foo ini..akhir tahun lepas, penah jugak try buat kuah yong tau foo ni..ini, adalah percubaan kali kedua kami.sebab ini adalah salah satu kegemaran incik suami..hehe..tapi masa masak kuah yong tau foo ni, masterchef bukan sye ye kawan2, tp incik suami sye yg jadi masterchef dengan bantuan mr.google sekali..sye sebagai pembantu yang kuat membebel je lah..
turun pangkat la nampaknya..tapi tak apa, sekali sekala rasa air tangan dari incik suami ni best juga kan?..
so, kami pun buatlah lebih hari tu, dapatlah bagi sikit rumah mak,kakak,abah mertua n kakak ipar..Alhamdulillah, semua dapat rasa..
 
Kalau kawan2 nk resepi kuah yong tau foo ni silalah google sendiri ye..hehe

Jumaat, 8 Mac 2013

Petai

Assalamualaikum...




Hai semua! siapa suke makan petai kat sini silalah angkat kening cepat!!..sambil menaip ni, sye pn angkat la kening juga sebab sye penggemar setia kat petai ni..awal bulan 2 kalau tak silapla... sye, incik suami n family ni pergila cameron highlands,sempatla juga kami borong petai kat tepi2 jalan tu..

Ramai orang asli yang meniaga di sepanjang jalan tu..gemok2+tembam2 jugalah petai yang mereka jual..sampai geram sye di buatnya..
haha..

selagi petai ada lagi kat rumah selagi itulah makan nasi ber'ulam'kan kan petai je..nak2 incik suami pun gemar makan petai, jadi bertambah2 selera la kami berdua makan nasi..haha..sye jarang masak kat rumah ni,selalu kami makan luar je..kalau incik suami balik lambat je sye cari nasi kat rumah mak,almaklumlah rumah mak tak sampai 5 saat berjalan dah sampai..huhu..itulah bertuah sye tinggal dekat dengan family,Alhamdulillah..

Nak tgk sye posing bersama petai..mari kite saksikan gambar menarik di bawah ini..hehehe..



Betape rakusnya sye bersama petai itu...so nyummmmmmyyyyy!







Rabu, 27 Februari 2013

Pink+Biru

 
 
Assalamualaikum yg di kasihi semua..
 
 
 
Weekend lepas pergi jalan2+cuci2 mata dekat sogo,sekitar jalan tar n pertama kompleks..penat juga berjalan pusing2 semua tempat ni.sye ni dah la jenis yang kaki cepat lenguh..tapi gagahkan juga la berjalan.kalau asyik duduk rehat je kang sampai pukul berapa tak abis pusing..hehe..hari ahad tu sye n incik suami berbaju sama kaler..sye & incik suami memang suka kalau outing tu baju sama kaler..tapi, kekadang ada juga tak sama kaler..ikut kerajinan juga la..meh tgk gambar kami berdua yang sama kaler ni..hehe
 
 
 
 
tema hari tu pink+biru..
 
 
 
 
tema hari tu pink+biru..
 
 
Sedondon kan? faktor pemakaian bila outing bersama pasangan pun boleh mengeratkan lagi kasih sayang+perasaan sehati sejiwa tu..itu bagi sye la..x pasti lak kalau kawan2 yg lain..hehe
 
 
 
 
 
k, semua..baiii

Isnin, 18 Februari 2013

Bespren sye...

 
 
Assalamualaikum sume...
 
 
 
 
Rasanya, ini 1st time sye buat entry berkenaan kawan2 baik sye..hepi2 bersama,sedih2 bersama,makan2 bersama,kongsi2 cerita bersama,jalan2 bersama & macam2 lagila yang kami buat bersama2..cuma masuk toilet je tak sama2..oucch! malu la..hehehe
 
 
 
 
Memperkenalkan...wanita2 paling gojes di dunia..kuikuikui
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

 
 
yang ini nama dia ZURINA BINTI JEMAAT..panggil kak ina..dah kahwin,anak 2..caya tak?heee
 
 


yang ini nama dia SITI NURFARHANA BINTI SALIM..panggil hana..sudah menjadi tunangan orang..hehehe




yang ini nama dia ANIS FARIZA BINTI MOHAMAD MUSANIP..panggil anis.. yang ini tuan tanah blog ini ye..nk interpremmmm juga!..hahaha
 
 
kalau ada masa esok sye buat entry lagi pasal kawan2 sye ni k..
 

Hargai nikmat sihat, masa lapang

 
 
Assalamualaikum sume...
 
 
Pagi2 buka berita harian online,tertarik dengan artikel ini..mari kita same2 hayati..benda yg baik elok untuk dikongsikan bersama..ye tak?
 
 
Manusia patut bersyukur terima anugerah percuma daripada Yang Esa
Rasulullah SAW bersabda: “Terdapat dua nikmat (Allah) yang kebanyakan manusia sering lupakan, (iaitu) nikmat sihat dan nikmat kelapangan masa.” (Riwayat Bukhari)
Manusia dikurniakan Allah pelbagai nikmat yang tidak terhitung banyaknya dan tidak pernah putus. Nikmat itu diberi Allah secara percuma dan tidak dituntut kepada hamba-Nya membalas segala pemberian-Nya kerana
sememangnya manusia tidak akan berupaya berbuat demikian.
Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkan-Nya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu. - Surah an-Nahl (ayat 18)

Allah berfirman: “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkan-Nya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu.” (Surah an-Nahl, ayat 18)

Manusia hanyalah bersyukur atas segala nikmat kur niaan-Nya. Tanda mensyukuri nikmat ialah memanfaat kannya kepada perkara kebaikan, manakala mengkufuri nikmat ialah menyalahgunakan nikmat Allah dengan mengundang kemurkaan-Nya.

Persiakan nikmat

Sungguh benar ucapan Rasulullah SAW itu kerana didapati ramai manusia yang dianugerahkan Allah nikmat kesihatan dan kelapangan masa tetapi mereka mensia-siakannya. Sebaliknya, mereka tenggelam dalam kelekaan dan keseronokan semata-mata.
Manusia mengira bahawa kesihatan dan kelapangan masa yang sedang dikecapinya adalah hal biasa-biasa saja dan tidak akan hilang. Padahal nikmat sihat dan masa lapang diberi Allah supaya Mukmin berlumba melakukan kebaikan dan amal soleh sebagai bekalan menuju akhirat.

Dalam keadaan sihat, ramai pula yang melakukan pelbagai perbuatan maksiat dan kejahatan tanpa merasa malu kepada Allah. Manusia seperti ini ternyata telah mengkufuri nikmat iaitu menggunakan anugerah Allah untuk menderhaka kepada-Nya.

Perlu diinsafi manusia tidak selalu berkeadaan sihat. Masa sihat boleh bertukar kepada keadaan sakit kerana kedua-duanya adalah pemberian dan ketentuan
Allah.

Jika sewaktu sihat seseorang Mukmin itu mensia-siakan ibadahnya kepada Allah dan beramal soleh, maka penyesalan akan menimpanya apabila ditimpa sakit kerana sewaktu sakit, segala ibadah dan kebajikan tidak mampu dilakukan.

Lebih malang lagi jika sakitnya berterusan dan Allah tidak mengembalikan semula kesihatannya, bermakna ia tidak lagi punya kesempatan untuk beribadah dan ber amal soleh serta menebus dosanya yang lalu.

Nikmat kelapangan masa juga banyak dicuaikan manusia. Masa lapang sepatutnya dimanfaatkan untuk banyak mengingati Allah melalui pelbagai amal ibadah, mencari ilmu untuk kebaikan dunia dan akhiratnya serta memperelokkan akhlak.

Namun ramai manusia terpedaya dengan nikmat masa lapang. Masa lapang mereka berlalu begitu saja tanpa pengisian yang berfaedah atau aktiviti berunsur kebajikan. Jika dalam masa yang lapang pun mereka tidak mengingati Allah, apalagi dalam keadaan sibuk mengejar keuntungan dunia.

Tiada penghargaan terhadap nikmat kelapangan masa menyebabkan ramai manusia menghabiskan masanya secara sia-sia, sedangkan setiap detik masa terlalu ber harga dan umurnya turut berlalu.

Nasihat ulama Ibnul Jauzi baik dijadikan renungan. Katanya: “Terkadang manusia berada dalam keadaan sakit, tetapi ia tidak mempunyai kelapangan waktu di sebabkan kesibukan mengerjakan urusan dunianya. Dan terkadang pula seseorang itu punya masa lapang, namun ia dalam keadaan sakit. Apabila terkumpul pada seseorang waktu lapang dan nikmat sihat, maka sungguh akan datang rasa malas dalam melakukan ketaatan (kepada Allah). Itulah manusia yang telah terpedaya.

Katanya lagi: “Dunia adalah ladang beramal untuk dituai hasilnya di akhirat. Sesiapa memanfaatkan waktu lapang dan sihat dalam rangka agenda ketaatan, maka dialah yang akan berbahagia. Sebaliknya sesiapa mempergunakan kedua-dua nikmat itu dalam kancah kemaksiatan, dialah yang benar-benar telah tertipu. Sesudah waktu lapang, akan datang waktu yang dipenuhi kesibukan. Demikian pula sesudah masa sihat, akan datang pula kesakitan yang tidak menyenangkan.

Pesan Nabi SAW: “Pergunakan lima perkara sebelum datang lima perkara lain, (iaitu) masa mudamu sebelum masa tuamu, masa sihatmu sebelum sakitmu, masa kayamu sebelum masa miskinmu, masa lapangmu sebelum masa sibukmu dan masa hidupmu sebelum matimu.” (Riwayat al-Hakim
)