Isnin, 18 Februari 2013

Bespren sye...

 
 
Assalamualaikum sume...
 
 
 
 
Rasanya, ini 1st time sye buat entry berkenaan kawan2 baik sye..hepi2 bersama,sedih2 bersama,makan2 bersama,kongsi2 cerita bersama,jalan2 bersama & macam2 lagila yang kami buat bersama2..cuma masuk toilet je tak sama2..oucch! malu la..hehehe
 
 
 
 
Memperkenalkan...wanita2 paling gojes di dunia..kuikuikui
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

 
 
yang ini nama dia ZURINA BINTI JEMAAT..panggil kak ina..dah kahwin,anak 2..caya tak?heee
 
 


yang ini nama dia SITI NURFARHANA BINTI SALIM..panggil hana..sudah menjadi tunangan orang..hehehe




yang ini nama dia ANIS FARIZA BINTI MOHAMAD MUSANIP..panggil anis.. yang ini tuan tanah blog ini ye..nk interpremmmm juga!..hahaha
 
 
kalau ada masa esok sye buat entry lagi pasal kawan2 sye ni k..
 

Hargai nikmat sihat, masa lapang

 
 
Assalamualaikum sume...
 
 
Pagi2 buka berita harian online,tertarik dengan artikel ini..mari kita same2 hayati..benda yg baik elok untuk dikongsikan bersama..ye tak?
 
 
Manusia patut bersyukur terima anugerah percuma daripada Yang Esa
Rasulullah SAW bersabda: “Terdapat dua nikmat (Allah) yang kebanyakan manusia sering lupakan, (iaitu) nikmat sihat dan nikmat kelapangan masa.” (Riwayat Bukhari)
Manusia dikurniakan Allah pelbagai nikmat yang tidak terhitung banyaknya dan tidak pernah putus. Nikmat itu diberi Allah secara percuma dan tidak dituntut kepada hamba-Nya membalas segala pemberian-Nya kerana
sememangnya manusia tidak akan berupaya berbuat demikian.
Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkan-Nya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu. - Surah an-Nahl (ayat 18)

Allah berfirman: “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkan-Nya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu.” (Surah an-Nahl, ayat 18)

Manusia hanyalah bersyukur atas segala nikmat kur niaan-Nya. Tanda mensyukuri nikmat ialah memanfaat kannya kepada perkara kebaikan, manakala mengkufuri nikmat ialah menyalahgunakan nikmat Allah dengan mengundang kemurkaan-Nya.

Persiakan nikmat

Sungguh benar ucapan Rasulullah SAW itu kerana didapati ramai manusia yang dianugerahkan Allah nikmat kesihatan dan kelapangan masa tetapi mereka mensia-siakannya. Sebaliknya, mereka tenggelam dalam kelekaan dan keseronokan semata-mata.
Manusia mengira bahawa kesihatan dan kelapangan masa yang sedang dikecapinya adalah hal biasa-biasa saja dan tidak akan hilang. Padahal nikmat sihat dan masa lapang diberi Allah supaya Mukmin berlumba melakukan kebaikan dan amal soleh sebagai bekalan menuju akhirat.

Dalam keadaan sihat, ramai pula yang melakukan pelbagai perbuatan maksiat dan kejahatan tanpa merasa malu kepada Allah. Manusia seperti ini ternyata telah mengkufuri nikmat iaitu menggunakan anugerah Allah untuk menderhaka kepada-Nya.

Perlu diinsafi manusia tidak selalu berkeadaan sihat. Masa sihat boleh bertukar kepada keadaan sakit kerana kedua-duanya adalah pemberian dan ketentuan
Allah.

Jika sewaktu sihat seseorang Mukmin itu mensia-siakan ibadahnya kepada Allah dan beramal soleh, maka penyesalan akan menimpanya apabila ditimpa sakit kerana sewaktu sakit, segala ibadah dan kebajikan tidak mampu dilakukan.

Lebih malang lagi jika sakitnya berterusan dan Allah tidak mengembalikan semula kesihatannya, bermakna ia tidak lagi punya kesempatan untuk beribadah dan ber amal soleh serta menebus dosanya yang lalu.

Nikmat kelapangan masa juga banyak dicuaikan manusia. Masa lapang sepatutnya dimanfaatkan untuk banyak mengingati Allah melalui pelbagai amal ibadah, mencari ilmu untuk kebaikan dunia dan akhiratnya serta memperelokkan akhlak.

Namun ramai manusia terpedaya dengan nikmat masa lapang. Masa lapang mereka berlalu begitu saja tanpa pengisian yang berfaedah atau aktiviti berunsur kebajikan. Jika dalam masa yang lapang pun mereka tidak mengingati Allah, apalagi dalam keadaan sibuk mengejar keuntungan dunia.

Tiada penghargaan terhadap nikmat kelapangan masa menyebabkan ramai manusia menghabiskan masanya secara sia-sia, sedangkan setiap detik masa terlalu ber harga dan umurnya turut berlalu.

Nasihat ulama Ibnul Jauzi baik dijadikan renungan. Katanya: “Terkadang manusia berada dalam keadaan sakit, tetapi ia tidak mempunyai kelapangan waktu di sebabkan kesibukan mengerjakan urusan dunianya. Dan terkadang pula seseorang itu punya masa lapang, namun ia dalam keadaan sakit. Apabila terkumpul pada seseorang waktu lapang dan nikmat sihat, maka sungguh akan datang rasa malas dalam melakukan ketaatan (kepada Allah). Itulah manusia yang telah terpedaya.

Katanya lagi: “Dunia adalah ladang beramal untuk dituai hasilnya di akhirat. Sesiapa memanfaatkan waktu lapang dan sihat dalam rangka agenda ketaatan, maka dialah yang akan berbahagia. Sebaliknya sesiapa mempergunakan kedua-dua nikmat itu dalam kancah kemaksiatan, dialah yang benar-benar telah tertipu. Sesudah waktu lapang, akan datang waktu yang dipenuhi kesibukan. Demikian pula sesudah masa sihat, akan datang pula kesakitan yang tidak menyenangkan.

Pesan Nabi SAW: “Pergunakan lima perkara sebelum datang lima perkara lain, (iaitu) masa mudamu sebelum masa tuamu, masa sihatmu sebelum sakitmu, masa kayamu sebelum masa miskinmu, masa lapangmu sebelum masa sibukmu dan masa hidupmu sebelum matimu.” (Riwayat al-Hakim
)

Isnin, 4 Februari 2013

Masalah Berat Badan...

 
 
 
Assalamualaikum...
 
 
 
Hai semua, sekarang terasa macam nak kurus kan badan la...tp, bab mencekik tu tak boleh nak control dah sekarang ni..makan,makan & makan..selalu juga sye google cari tips2 macam mana nak kurus kan badan selain dari control makan..teringin juga pergi jogging tiap weekend, tapi oleh kerana dek kekangan masa maka tak dapat la sye nk ke taman..huhu..Baru2 ni sye saja tanya kat incik suami gemok sgt ke isteri abg ni???, katanye.......masih under control lagi..tapi tak sure la kata2nya tu nak sedapkan hati sye ke apa?..hihi..kekadang tgk orang2 slim ni buat kita jeles je..haha,tapi liat pulak nk buat senaman ke control makan ke apa, makin hover adalah bab makan tu..kalau kenkawan ada tips,meh la kongsi sesama dengan sye k..
ok itu saja cerita ringkas dari sye..hihi
 
 
 
 
Gemok kan??? Arrggghhh..Sob3x!!!
 
 
 



Sabtu, 26 Januari 2013

Kesayuan...

Assalamualaikum....


Bila hati dan perasaan dilanda kedukaan Allah S.W.T tempat kita mengadu..bila hati dan perasaan di beri rasa kegembiraan Allah S.W.T tempat ku bersujud syukur..

Kenapakah perasaan ini sayu bila melihat anak-anak kecil, melihat bayi baru lahir dan melihat ibu-ibu yang mengandung..hati dan perasaan ini punyai hak untuk merasai kesayuan ini..Moga Allah S.W.T sentiasa mendengar rintihan hambamu yang lemah lagi hina ini..moga ada jalanya..In Syaa ALLAH..






Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim..berilah kebahagiaan dunia dan akhirat kepada diri ku yang kerdil ini..jadikanla aku hambamu yang sentiasa beriman kepada mu..dekatlah kepadaku ya Allah..setiap saat nafasku di muka bumi ini ku perlukan pertolonganmu ya Allah.Engkaulah pelindungku ya Allah..

Selasa, 22 Januari 2013

Tak Boleh Upload Gambar...

Assalamualaikum sume yg d kasihi..harap2 sume dalam keadaan baik2 saja ya!..
 
Kawan2, sye ada masalah tak boleh upload gambar dalam blog sye ni.kenapa ye?ada sapa2 boleh bantu sye tak?..almaklumla kan, sye ni baru berjinak2 nak berblog..bile alami masalah seperti ini jadik gelabah lah pulak..harap2 sudilah bantu sye hamba yang lemah ini (ayat mintak simpati)..haha.
 
So, sesiapa yang sudi bantu tu silah lah tinggalkan komen ye..dengan itu, sye mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang sudi membantu..
 
Tataaa!..

Rabu, 9 Januari 2013

Terasa...

  
Kekadang sye rasa macam dah tak di pedulikan lagi,mcm tak ada kepentingan pun ye jugak.xpela, yang penting incik suami dan keluarga sentiasa di sisi..sedih!

Selasa, 18 Disember 2012

Dress & Jubah...

 
Assalamualaikum...
 
Harap semua kwn2 sehat n ceria ye..lately ni sye semakin minat nak pakai dress or jubah..kalau outing je nmpk dress or jubah yg berkenan kat mata ni terus rembat..haha..sye ada kongsikan di sini beberapa koleksi dress n jubah sye..cube lihat pic di bawah..haha
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 
 
dress ni sye beli kat on9
 
 

 
dress ni sye beli kt giant nilai..murah je..tp biar la rahsia..haha
 
 
 
 
yg ni pula sye beli kt opismate..ni pn murah jek..
 
 
 
dress "aiskrim" kwn sye bg name kt dress ni..beli kt giant nilai jgk..
 
 
 
dress polkadot pink ni pn beli kt giant nilai jgk..hehe
 
 
 
jubah ni mak sye yg belikan kt mekah semase menunaikan haji setahun yg lalu..suke sgt..
 
 
 
 
sonok bila pakai dress or jubah ni..nampak sopan+comel..haha, puji diri sendiri apa salahnye kan?..sekali sekala..apa yg sye paparkan di sini bukan nak menunjuk2 eh, cume sekadar berkongsi minat kite je..
 
ok, baiiiiiiiii..